Sistem 4-5-1-V mungkin merupakan salah satu formasi yang dinamik dan fleksible. Ia boleh dijadikan bertahan atau menyerang dengan hanya mengubah beberapa anak panah. Namun begitu, ketiadaan defensive winger (DML dan DMR) boleh diambil kesempatan oleh pihak lawan.
Apabila bermain menentang pasukan yang menggunakan 4-5-1-V, anda perlu melindungi kedua belah sayap kiri dan kanan defend anda. Anda perlu faham bahawa selalunya pasukan yang menggunakan 4-5-1-V akan menggunakan counter attack. Oleh itu, anda tidak perlu menggunakan serangan habis habisan, cukup sekadar menggunakan mentality normal atau defensive dan press own half.
Pembaca setia Puncak Sebelas semestinya sudah memahami bahawa apabila bermain menentang pasukan yang mantap di midfield, anda juga perlu ada midfield yang jumlahnya sama atau lebih. Ini beberapa contoh yang boleh diaplikasikan:
4-3-2-1
4-3-2-1 seakan sama dengan formasi 4-5-1-V. Mengambil kelebihan ketiadaan AMC untuk tidak perlu menggunakan DMC, yang membolehkan lebih pemain untuk digunakan diposisi lain. Contoh dibawah adalah dengan menambah jumlah midfield menjadi 3.
4-3-2-1
Motivated 4-5-1-Flat
Anda perlu paham, motivated di sini bermaksud keadaan apabila menggunakan anak panah keatas. Anak panah keatas bermaksud pemain berubah ke posisi kehadapan apa bila menyerang. Begitu juga sebaliknya apabila anak panah kebawah, iaitu pemain ke posisi lebih bawah apabila pasukan sedang bertahan atau menghadapi serangan.
Motivated 4-5-1-Flat akan menggunakan MR dan ML seperti AMR dan AML semasa menyerang sambil mengekalkan midfield yang mantap semasa bertahan. Ia juga akan menggunakan DL dan DR sebagai DML dan DMR semasa menyerang, sesuai untuk menangkis serangan counter attack pasukan lawan. *** Anda perlu ambil perhatian, UN-Motivated 4-5-1 flat tidak akan berjaya menentang 4-5-1-V kerana midfield hanya akan static di tengah padang dah anda hanya akan mempunyai seorang ST untuk melakukan serangan, walaupun anda menggunakan long ball dan counter attack.
Motivated 4-5-1-Flat
3-2-2-2-1
Walaupun anda tidak memerlukan lebih dari 2 DC apabila bertemu 4-5-1-V, anda tidak perlu meletakkan risiko tinggi. Anda boleh menambah seorang lagi DC menjadi tiga sambil menggunakannya sebagai 'sweeper' dengan meletakkan anak panah kebawah pada DC yang ditengah sekali. DML dan DMR pula akan dapat menepis serangan dari AMR dan AML pasukan lawan.
3-2-2-2-1