Wednesday, 18 September 2013

5-3-2

Formasi 5-3-2 boleh dianggap taktik yang bertahan kerana menggunakan 5 defender. Untuk melawan taktik bertahan, amat bagus jika menggunakan Pressing Whole Pitch, yang membolehkan bola hanya berlegar di bahagian padang pasukan lawan. Namun begitu, 5-3-2 juga menampilkan jumlah midfield dan striker yang boleh diterima pakai untuk menghasilkan keputusan yang baik jika pemain adalah lebih dari pasukan lawan. Namun begitu, kelemahan yang dapat dilihat adalah ketiadaan AMC dan DMC. Terdapat 2 taktik yang berkesan untuk digunakan semasa menentang 5-3-2.

PERTAMA: Kita boleh ambil kesempatan atas kelemahan ini dengan menggunakan formasi 4-4-2 Diamond. 4-4-2 Diamond mempunyai DMC yang akan menyekat 3 MC mereka. (pasukan lawan juga boleh mengubah 3 pemain MC mereka ke formasi ke ML, MC, MR). 4-4-2 Diamond juga mempunyai AMC yang boleh membawa bola ke ST. Bentuk Diamond formasi ini (DMC, MC, MC, AMC) adalah kukuh kerana menampilkan 4 Midfield di bahagian tengah.

ORDERS:
passing: Short Pass
pressing: Whole Pitch

4-4-2 Diamond


KEDUA: Jika anda mempunyai purata pemain yang lebih baik jika dibandingkan dengan pasukan lawan, anda juga boleh mencuba taktik Attacking dengan menggunakan formasi 3-3-3-1. Taktik ini juga menampilkan bentuk diamond di bahagian tengah padang sambil menampilkan AML dan AMR untuk menambah suntikan serangan.

ORDERS:
passing: Mixed
passing: Long ball (jika ST anda laju)
pressing: Whole Pitch
3-3-3-1


No comments:

Post a Comment