Wednesday, 18 September 2013

3-5-2

3-5-2 ada beberapa kelemahan. Yang paling utama adalah kurang sengatan dan pertahanan bahagian WING yang lemah. 5 midfielder bermaksud ia dapat menguasai bola dengan lebih baik, tetapi ia tak bermakna taktik 3-5-2 akan mendominasi permainan secara keseluruhan. Secara mudah kita dapat lihat taktik 3-5-2 tidak mempunyai AML, AMC mahupun AMR, maka kita dengan mudah dapat mematahkan serangan mereka.

Walaupun terdapat banyak cara untuk menumbangkan taktik 3-5-2, saya akan menerangkan 2 taktik yang akan membantu anda memahaminya dengan lebih baik.

PERTAMA: 4-5-1 V-Style
Taktik yang bagus dan amat fleksibel. Anda hanya perlu mengubah anak panah samada anda mahu ia Attacking atau Defensive.


Dari ilustrasi di atas anda dapat lihat pergerakan DL dan DR akan menghadang segala pergerakan dari ML dan MR lawan, dan pada masa yang sama dapat menghantar bola ke AML dan AMR anda. Kedua dua MC dan DMC pula akan menghadang segala serangan dari tengah.

Jika anda lebih kuat dan mahukan serangan yang lebih berkesan anda boleh menggunakan 4-5-1 sebagaimana ilustrasi di bawah:



Ini akan memberikan anda 5 Midfield untuk menyekat 5 Midfield lawan, dan anda ada 2 Attacking Midfield yang boleh membuka ruang menyerang gol lawan kerana pasukan lawan ketiadaan DL atau DR. Jika anda ingin bertukar ke bertahan, anda masih mempunyai posisi atas padang yang lebih baik dengan formasi tersebut.

ORDERS:
Force counter: Ya
Passing: Mixed, Down both flanks
Pressing: Own half
Marking: Zonal

KEDUA: 3-1-4-1-1
Telah kita faham bahawa formasi 3-5-2 mempunyai Midfield yang kukuh seramai 5 pemain. Satu kaedah lain adalah dengan meletakkan jumlah midfield lebih ramai dari pasukan lawan, seramai 6 pemain, sambil mengambil kesempatan keatas kekurangan lawan di DMC.



Midfield yang compact seperti ini memerlukan Short Passing bagi menguasai bola. Oleh itu, jangan sesekali menggunakan Force Counter Attack. Maka, anda boleh menggunakan Offside trap (jika Defender anda laju) sambil Pressing Whole Pitch. Jika anda mempunyai Defend yang kurang mantap, lebih baik anda JANGAN menggunakan Offside Trap atau Force Counter Attack. Tukar Pressing kpd Own Half sahaja.

ORDERS:
Mentality: Normal
Focus Passing: Mixed
Passing Style: Short Passes
Pressing: Whole Pitch (dengan Offside Trap) atau Own Half (sahaja)
Marking: Zonal

No comments:

Post a Comment